MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Seremban

Latest News for Seremban in "General"

Maut motosikal langgar lori

Seremban: Lelaki maut apabila motosikal ditunggang melanggar belakang lori yang berhenti di Kilometer 280 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, petang tadi.

Kenderaan berat dilarang, henti pembinaan

Seremban: Kementerian Kerja Raya mengeluarkan arahan semua kerja pembinaan dan penyelenggaraan di sepanjang lebuh raya kecuali kerja kritikal dihentikan bermula hari ini hingga 15 Februari.

Perintah reman 7 hari

Nilai: Sebelas individu membabitkan sembilan lelaki dan dua wanita berusia antara 31 hingga 64 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kewujudan rumah dijadikan makmal pemprosesan dadah di Kampung Baru Mantin, di sini, kelmarin.

Kaji cadangan rangka jual vape

Seremban: Negeri Sembilan mahu mengkaji cadangan merangka formula bersesuaian bagi membenarkan penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini.

Lelaki rentung kereta langgar rumah kedai

Seremban: Lelaki ditemui rentung dalam kereta selepas dipercayai terbabas merempuh bangunan rumah kedai di Jalan Kapitan berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, tengah malam tadi.

Isteri enggan biar air mata sambut arwah

Seremban: “Walaupun suami sudah tiada, saya perlu meneruskan kelangsungan hidup demi anak. Saya akan mendidik mereka sebaik mungkin seperti kehendak arwah,” kata Siti Hazwani Ahmad, balu kepada Kapten Hasman Hussin, 34, yang lemas di Missouri, Amerika Syarikat (AS), minggu lalu.

MBCC mampu capai sasaran pelaburan

Seremban: Pembukaan pejabat Malindo Business & Cultural Centre (MBCC) di sini, mampu mencapai sasaran pelaburan dua hala antara Malaysia dan Indonesia mencecah AS$30 bilion (RM128.7 bilion) pada tahun depan.

Bersumpah bela diri

Seremban: Seorang pembantu tapak semaian diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap empat tuduhan memperdagangkan wanita warga Indonesia, Vietnam dan China, Mac lalu.

Warga emas ditemui selamat dalam hutan

Seremban: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu, dijumpai dalam kawasan hutan berdekatan Temiang, di sini, dalam keadaan selamat, malam tadi.

Mengaku bersalah rogol adik ipar

Seremban: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap dua pertuduhan merogol adik iparnya berusia 11 tahun.