MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Negeri Sembilan

10 penuntut USIM terima bantuan

Nilai: Simpati terhadap nasib 10 penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang kehilangan harta benda selepas rumah sewa mereka terbakar Sabtu lalu, USIM dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tampil menghulurkan bantuan di Surau Taman Desa Anggerik, di sini, hari ini.

Mereka menerima bantuan RM1,400 seorang membabitkan wang tunai serta baucar buku.

Sumbangan berkenaan diberikan USIM menerusi Tabung Amanah Kebajikan Pelajar, dan daripada NGO Aktivis Belia Tanah Air (ABATA) dan MyPrihatin.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban mereka.

"Pihak universiti sentiasa mengambil berat kebajikan penuntut, sama ada yang tinggal di kolej mahupun menyewa di luar kampus dan bersedia memberi bantuan sewajarnya apabila keadaan memerlukan.

"Kita bersimpati dengan kejadian yang berlaku ketika semua mereka sedang bercuti sempena cuti semester dan berharap kejadian itu tidak mematahkan semangat mereka," katanya pada majlis itu di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pemuda UMNO yang juga Pengerusi ABATA, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jaya.

Dalam kejadian 4.30 petang Sabtu lalu, rumah itu musnah 80 peratus termasuk sebahagian besar barangan yang ditinggalkan sebelum pulang bercuti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro