MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Negeri Sembilan

Latest News for State Negeri Sembilan in "General"

IS: Kanak-kanak Malaysia mungkin ada di Syria - Polis

BANDAR BARU NILAI: Polis tidak menolak kemungkinan terdapat kanak-kanak negara ini yang direkrut untuk menjadi anggota militan Negara Islam (IS) di Syria.

Remaja minum racun akibat tertekan, trauma

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dikejarkan ke hospital apabila mengalami muntah-muntah selepas dipercayai sengaja minum kopi yang dicampur racun, petang kelmarin.

Sanggup tak tidur malam demi anak

Demi kasih, dia sanggup mengorbankan masa tidur untuk meneman anak sulungnya, Muhd Aiman Naim, 15, yang menderita kanser tulang tahap empat.

Dulu gah, kini terabai

Kelab permotoran bersetuju mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan terlibat untuk menguruskan kompleks sukan bermotor di sini yang terbiar sejak beberapa tahun lalu.

Hubungan polis, masyarakat mampu tangani jenayah

Hubungan erat antara polis dan masyarakat mampu menangani jenayah jalanan seperti ragut, samun, curi dan sebagainya, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Jaafar Mohd Yusof.

Program Serah Diri Sukarela PATI dilanjutkan

Nilai: Kerajaan akan melanjutkan tempoh pelaksanaan Program Serah Diri Sukarela yang ditawarkan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk dihantar pulang ke negara asal sehingga Disember tahun ini.

Rezeki jual kepingan roti

“Hari biasa dapat sekitar RM50 sehari, tapi kalau hujung minggu boleh dapat sampai RM300,” kata Mohd Aslam Hussain, 51, yang mencari rezeki dengan menjual roti untuk diberi makan  kepada ikan di City Park Seremban 2.

Pesawah rugi akibat disabotaj

Seorang pesawah padi mengalami kerugian lebih RM100,000 apabila sawah padi seluas 25 hektar yang diusahakannya didakwa disabotaj oleh pihak tertentu.

Balak haram, ekskavator disita

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan menyita dua unit ekskavator dan kira-kira 60 batang balak dalam serbuan di Kampung Pondoi, petang kelmarin.

Cintai al-Quran melalui hafazan

Penganjuran Majlis Menghafaz al-Quran peringkat ne­geri dilihat sebagai satu inisiatif bagi mengajak masyarakat Islam khususnya di negeri ini supaya mencintai al-Quran dan menjadikan budaya tersebut dilazimi dalam kehidupan seharian.