MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Negeri Sembilan

30 minit kawal kebakaran

Nilai: Bahagian pemprosesan sarung tangan getah di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Nilai 3, di sini, terbakar, pagi tadi.

Kebakaran dipercayai berlaku jam 10.50 pagi dan disedari pekerja selepas melihat percikan api dari mesin sebelum menyelamatkan diri.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai Ahmad Riduan Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.02 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama dua jentera dan 15 anggota.

"Kami tiba jam 11.10 pagi dan turut dibantu anggota BBP Mantin dan Seremban 2.

"Api yang marak di bahagian pemprosesan sarung tangan getah itu berjaya dikawal 30 minit kemudian sebelum dipadamkan sepenuhnya jam 12.45 tengah hari.

"Kilang itu terbakar 40 peratus namun tiada pekerja yang cedera akibat kejadian. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro