MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Negeri Sembilan

Kan dah langgar orang

Seorang jurutol cedera ketika melintas jalan akibat dirempuh motosikal yang menggunakan laluan kereta di Plaza Tol Nilai di sini, petang tadi.

Kejadian jam 1.40 petang itu mengakibatkan Natasha Johari, 23, mengalami kecederaan dalaman manakala penunggang motosikal berusia 20 tahun, cedera rusuk kiri.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lelaki yang menunggang motosikal Yamaha 125Z dari arah Kuala Lumpur menggunakan laluan kereta untuk ke arah Nilai.

“Ketika itu jurutol berkenaan keluar dari kaunter tol dan melintas jalan menyebabkan dia dirempuh motosikal itu.

“Kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dan pemeriksaan mendapati jurutol terbabit mengalami pendarahan dalam perut. Polis masih menjalankan siasatan kejadian itu," katanya ketika dihubungi.

 

 

Sumber:mymetro