MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Negeri Sembilan

Pitam, bukan meninggal

Rakaman video yang tersebar di laman sosial menunjukkan seorang wanita rebah ketika menunaikan solat sunat Tarawih di masjid di Port Dickson, hanya pitam bukan meninggal dunia seperti didakwa.

Rakaman berdurasi 51 saat yang memaparkan wanita itu rebah secara tiba-tiba dan dibantu jemaah lain tersebar malam tadi dengan memuat komen 'jatuh semasa solat terawih di Majid Jamek PD... Innalillah' dan 'wanita meninggal ketika solat terawih'.

Eksekutif Masjid Jamek Abdullah Sijang, Muhammad Abu Dhiral Burhanuddin berkata, dia terkejut apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu menjadi viral dengan maklumat yang salah.

Menurutnya, dalam kejadian 9.40 malam kelmarin, wanita berusia 30-an terbabit yang solat di dalam saf wanita rebah secara tiba-tiba sebelum dibantu beberapa jemaah wanita lain.

"Wanita itu pitam dan berehat sebentar selepas rebah. Dia kemudian menyambung solat terawih seperti biasa. Jemaah lelaki yang berada di hadapan tidak menyedari kejadian kerana tiada kekecohan berlaku.

"Kita kesal rakaman CCTV itu tersebar dengan maklumat yang tidak tepat," katanya ketika ditemui, hari ini.

Sumber:mymetro