MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Negeri Sembilan

Ahmad Maslan kata hanya 15 cawangan bantah Najib

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahamd Maslan berkata hanya 15 daripada 21,000 cawangan parti itu membantah kepimpinan presiden Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, 15 cawangan itu juga sebenarnya diketahui sebagai cawangan yang bermasalah.
 
"Ada sebab lain 'penentangan' mereka ini, tetapi kami anggap ini cabaran yang parti perlu hadapi.
 
"Dan daripada 191 ketua Umno bahagian, kami tidak pula mendengar ada yang menentang," katanya menurut laporan Utusan Malaysia hari ini.
 
Beliau juga menggesa semangat kesepaduan di kalangan ahli diterjemahkan menjelang Perhimpunan Agung Umno pada 8 hingga 12 Disember depan.
 
Pada 28 November lalu, sekumpulan ketua Umno cawangan melancarkan gerakan memaksa Najib meletakkan jawatan sebagai presiden dengan segera supaya parti Melayu itu tidak “dirosakkan” dengan lebih teruk.
 
Menamakan gerakan itu sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mereka mahu presiden Umno itu segera meletak jawatan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda parti ketika ini.
 
- the malaysian insider