MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Negeri Sembilan

Kabinet Baru PAS Negeri Sembilan

Zulkefly Mohamad Omar yang dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan oleh PAS Pusat baru-baru ini, mengumumkan kabinet baru untuk sessi 2009 - 2011 di Ibu Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan.

Dalam ucapannya Zulkefly berharap barisan kabinet baru ini akan berganding bahu dalam usaha memantapkan perjuangan parti.

" Saya berharap kita sama-sama pertingkatkan dakwah dan kerja parti dalam usaha mengambil alih Negeri Sembilan dari kerajaan Barisan Nasional.

" Oleh yang demikian, kerjasama dari semua pihak adalah diperlukan agar misi ini berjaya", ujar Zulkefly.

Yang Dipertua (YDP) PAS Tampin, Zakaria Khalim dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, manakala YDP PAS Jelebu, Kateran Marman dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2

Antara muka baru dalam barisan kabinet baru PAS Negeri Sembilan ialah Yang Dipertua PAS Rembau, Mohd Taufek Ghani Abdul Ghani yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan juga menampilkan muka baru apabila Khairul Anuar Mohd Wafa dipilih sebagai Ketua Pemuda.

Manakala Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan juga mempunyai ketua yang baru iaitu Fazilah Hj Abu Samah.

Dalam sidang media di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat penuh Badan Perhubungan Negeri, Zulkefly berkata mesyuarat turut mengekalkan Shamsul Kamal Haji Idris sebagai Setiausaha Perhubungan dengan dibantu oleh Haji Shukri Mohamed Habib sebagai Penolong Setiausaha (1), Zaharuddin Othman sebagai Penolong Setiausaha (2) dan Ust Abd Ghani Ahmad sebagai Penolong Setiausaha (3).Bagi jawatan Bendahari Ir Mohamad Nor Abdul Rahman telah dipilih mengganti Hj Abdul Aziz Mohd Isa atas sebab kesihatan.

Ketua Penerangan pula dikekalkan kepada Hassan Haji Taha termasuk Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri, Haji Kamaruddin Md Tahir.

Mesyuarat juga melantik Ahli bagi menduduki senarai ahli jawatankuasa yang dilantik, mereka ialah Haji Kassim Haji Rahmat,Tuan Syed Johari Syed Mohamad,Ustaz Mohd Kassim Tahir, Tuan Syed Fuad Syed Ahmad,Ust Lokman Man,Mohamad Azmi Md Zin. dan Saadiah Dahalan.

Tahun 2009 juga tahun yang manis untuk PAS Negeri Sembilan apabila dua wakilnya dipilih dalam Ahli Jawatankuasa PAS Pusat iaitu Zulkefly Mohamad Omar dan Mohd Taufek Abdul Ghani yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri, Paroi. - azm

sumber : harakahdaily.net