MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Negeri Sembilan

Lapan negeri langgar kuota rumah untuk Melayu

Pemaju projek perumahan swasta di lapan negeri didapati tidak mematuhi peruntukan kuota Melayu, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Negeri terbabit ialah Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu dan Sabah.
 
Antara kelemahan utama yang dikenal pasti adalah iklan jualan kuota Bumiputera di akhbar tidak lengkap, tiada mekanisme pemantauan jualan kuota Bumiputera serta hak milik kuota Bumiputera tidak dimasukkan sekatan kepentingan.
 
Selain itu, kuota lot Bumiputera juga dijual kepada pembeli bukan Bumiputera tanpa kelulusan dan penjualan melebihi harga ditetapkan.
 
Sehubungan itu, audit mengesyorkan mekanisme kawalan dan penguatkuasaan kuota Melayu perlu diberi penekanan serta penambahbaikan.
 
Antara cadangan itu termasuk Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) di negeri berkenaan dan pihak berkuasa berkaitan perlu memastikan rekod atau daftar lengkap disediakan bagi memantau pemilikan kuota Bumiputera.
 
Tambahan, pemaju juga wajib mengemukakan laporan jualan secara berkala serta menetapkan kriteria atau syarat kepada pemaju untuk mengiklankan jualan bagi lot kuota Bumiputera dengan lengkap sebelum kelulusan pelepasan kuota Bumiputera diberi serta memastikan pemaju membayar sumbangan dalam tempoh ditetapkan.
 
PTG juga disaran melaksanakan sepenuhnya sekatan kepentingan lot kuota Bumiputera pada setiap dokumen hak milik, selain mengenakan denda terhadap pemaju ingkar mengemukakan laporan kemajuan projek secara terperinci bagi mengelakkan kesilapan berlaku dalam menetapkan pengesahan harga dan maklumat lain.
 
- freemalaysiatoday