MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Negeri Sembilan

Mahkamah ketepi pengisytiharan muflis ADUN Lenggeng

Mahkamah Tinggi Seremban hari ini mengetepikan pengisytiharan muflis terhadap DUN Lenggeng, Datuk Ishak Ismail.

Ia berikutan beliau berjaya menyelesaikan baki pinjaman RM400,000 kepada pemiutang penghakiman, Datuk Misran Sukadi, Selasa lepas.

Peguam Ishak, CS Murtti berkata Hakim Datuk Kamaludin Md Said, membuat keputusan itu di dalam kamarnya, sebentar tadi.

"Sebagaimana keputusan mahkamah, perkara ini sudah berakhir. Bidang kuasa dan menerima perintah telah diketepi, bermaksud Datuk Ishak tidak muflis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.

Ishak, 64, sebelum ini diisytiharkan muflis oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah pada 18 Mac lalu setelah beliau gagal membayar pinjaman Misran berjumlah RM2 juta.

Sementara itu, Ishak berkata beliau bersyukur kerana kes yang telah berjalan sejak Mac tahun ini berjaya diselesaikan dengan baik.

- Bernama