MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Negeri Sembilan

Pencapaian atlet NS membanggakan sukan negara

Seremban, 10 Feb. – Satu majlis meraikan Atlet Negeri Sembilan yang memenangi Pingat Sukan SEA ke- 27 dan Paralimpik Asean ke- 7 2013-2014, Myanmar  disempurnakan oleh  Menteri Besar Negeri Sembilan Y.A.B. Dato` Seri Utama Haji Mohammad Bin Haji Hasan di Kompleks Belia dan Sukan, hari ini.

Seramai 21 orang  atlet negeri ini terpilih ke Sukan SEA 27 di Myanmar dan 6 orang darinya merupakan atlet paralimpik.

Melalui penyertaan tersebut, atlet Negeri Sembilan telah berjaya membawa pulang  17 pingat iaitu 3 emas, 2 perak dan 12 gangsa.

Ketika sidang media bersama Menteri Besar, beliau amat gembira dan berbangga dengan pencapaian atlet- atlet sukan dari Negeri Sembilan yang bukan sahaja mengharumkan nama negara malah berjaya mengharumkan nama negeri juga.

Beliau turut berbangga dengan kemenangan emas pertama ke 1000 daripada atlet Wushu, Phoon Eyin kerana  bukan sahaja sebagai penampilan pertama dalam sukan tersebut, malah telah berjaya mengekalkan pingat emas buat kesekian kalinya.

Selain sukan Wushu,  atlet acara lempar cakera, Mohd Irfan Shamsudin turut memenangi pingat emas dan berjaya memecahkan rekod kebangsaan dan Sukan Sea ke-27.

Di dalam perkembangan sama, beliau turut menjelaskan akan terus fokus melahirkan lebih ramai anak – anak dan atlet- atlet sukan yang berprestij tinggi ini.

Beliau turut mengingatkan persatuan sukan sama- sama membangunkan dan terus  membawa nama Negeri Sembilan Ke mata dunia dalam bidang sukan.

Turut hadir , Pengerusi  Jawatan kuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Y.B Dato` Zaifulbahri Bin Idris, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan  Y.B Dato` Haji Mat Ali Bin Hassan  dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan En. Fouzee Bin Abdul Aziz.

oleh : Eiisha Fiezan

 

Sumber : N9kini.com