MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Negeri Sembilan

About Negeri Sembilan

MENGENAI NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang terkenal dengan adat perpatihnya. Negeri yang terletak lebih kurang 50 kilometer ke selatan Kuala Lumpur ini terdiri daripada 7 daerah  dan 1 daerah kecil ia-itu Seremban, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, Rembau , Tampin dan   daerah kecil  Gemas.

Seremban adalah ibu negeri tetapi Seri Menanti yang terletak di daerah Kuala Pilah adalah Bandar Diraja bagi Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan mempunyai suatu sistem yang unik. Ia mempunyai Luak yang diketuai oleh Datuk Undang. Luak-luak ini adalah Luak Sungai Ujong, Luak Rembau, Luak Johol, Luak Jelebu dan Luak Tampin. Luak Tampin tidak diketuai oleh Datuk Undang, sebaliknya ia diketuai oleh Tunku Besar. Sistem Pemerintahan Negeri Sembilan diketuai oleh Yam Tuan Besar. Perlantikan Yam Tuan Besar ini adalah dari persetujuan Datuk Undang dan Tunku Besar yang mempunyai kuasa penuh dalam melantik Yang DiPertuan  Besar Negeri Sembilan.

Seorang Menteri Besar dilantik oleh Paduka Seri Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan untuk menjadi ketua pentadbiran, dan beliau menjadi salah seorang daripada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.