MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Negeri Sembilan

Promo Ad 1

LATARBELAKANG MUZIUM NEGERI

Muzium Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1953 iaitu apabila Yam Tuan ke 8, Tuanku Abdul Rahman memberikan kebenaran supaya Istana Ampang Tinggi Kuala Pilah dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah, Seremban dan dijadikan sebagai Muzium Negeri. Mulanya ia terletak di Taman Bunga Seremban, oleh kerana lokasi taman bunga tidak sesuai, Muzium Negeri telah dipindahkan ke Kompleks Taman Seni Budaya di Jalan Sungai Ujong pada tahun 1984. Ditubuhkan mengikut Enakmen No.5 tahun 1956 (pindaan 1992) dengan pengerusi dan tujuh orang ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Bagi Tempoh 1996-2003, Lembaga Muzium Negeri dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Haji Abdul Samad bin Idris. Enakmen ini diwujudkan berikutan pengisytiharan Istana Ampang Tinggi sebagai Muzium Negeri oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-8.

Pada 14hb, Julai 1986, Bangunan Teratak Perpatih di kawasan Taman Seni Budaya telah diisytiharkan oleh YAB. Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato' Hj Abdul Samad sebagai Muzium Negeri menggantikan bangunan Istana Ampang Tinggi.

ALAMAT:
Pengarah
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
Tel : 06-763 1149
Fax: 06-761 5355