MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Negeri Sembilan

Promo Ad 6

LADANG OSTRICH

Destinasi pertama yang kami kunjungi di Negeri Sembilan, adalah Ladang Burung Unta Jelita yang bertempat di di Lot 1504, Batu 6, Mukim Pantai, Jalan Jelebu. Ladang di kawasan seluas 4.2 hektar ini disahkan Malaysia Book of Records sebagai ladang burung unta pertama di Malaysia.

Terkenal sebagai pusat riadah untuk seisi keluarga, ladang ini bukan saja membiakkan burung berkenaan, malah menggunakan segala kelebihan yang ada pada haiwan tersebut. Para pengunjung tanpa mengira usia boleh mencuba pelbagai aktiviti, antaranya memberi ia makanan, menunggang burung unta dan paling istimewa menonton perlumbaan burung berkenaan, dipercayai yang pertama di Asia.

Apa yang pasti, larian burung unta atau lebih dikenali sebagai ostrich ini pantas dan jika ia berada dalam keadaan terancam, usah dekat dengannya, bahaya..!  Namun, burung unta ini sebenarnya mudah mesra jika kita berbuat baik kepadanya, misalnya memberi ia makan serta memperlihatkan suasana yang tenang dan terkawal.

Selain burung unta terdapat juga haiwan lain seperti kuda, kambing, dan ayam di sini.

Source : http://nadinezuharra.blogspot.com/2009/07/bergembira-di-ladang-ostrich.html